Welcome to my blog, hope you enjoy reading
RSS

Minggu, 06 Maret 2011

Tentang Cinta

Seringkali kita dengar dan seringkali juga kita baca, pertemuan pertama berlaku dengan penuh romantis. Mata bertentang mata, kulit tersentuh kulit, proses pelanggaran yang tidak disengajakan dan banyak lagi detik-detik romantis yang pasti membuai perasaan setiap pembaca.
Detik pertemuanku tidaklah seromantis cerpen-cerpen cinta, tidak seromantis puisi nan indah. Pertembungan kami hanya biasa, normal. Pertama kali aku melihatnya ketika pendaftaran kem, hanya satu perkataan yang singgah di benakku, "pelik". Dengan seluar pendek '3 suku', dan topinya yang sangat tidak 'cool', dia nampak aneh. Dan dia juga jujur memberitahuku, dia melihat kelibat singa di wajahku pada ketika itu. Aku tertawa mendangar pengakuannya.
Pertemuan yang berlaku sewaktu kem tersebut telah mencipta satu hubungan persahabatan yang baru. Sejujurnya, aku tidak ingat bagaimana kami boleh menjadi rapat. Apabila aku cuba ingat kembali saat kami mula mesra, imej kami ketawa terbahak-bahak sewaktu mendengar ceramah yang membosankan menjelma. Situasi itu aneh bagiku, kerana aku dikenali dengan sikapku yang tidak peramah, tidak mudah mesra dan sombong apatah lagi dengan orang yang baru dikenali membuatku tertanya-tanya, kemana hilangnya sikap itu apabila bertemu dengannya. Apabila aku ujarkan pertanyaan tentang perkara tersebut, ringkas sahaja jawapannya, "aku kan peramah". Mungkin juga betul. Keramahannya membuatkan aku lupa sikap durjana yang sering diamalkan selama ini.
Teruskan membaca "Kisah Aku"...

10 Bahasa Tubuh Wanita Yang Membuat Lelaki Tergoda

24 Feb 2011
Tips Cinta ini telah disampaikan oleh saudari qiqi anura di Forum Tentang Cinta.
Godaan. Ia bagai suatu permainan 'dikejar dan mengejar'. Tetapi adakah ia tertakluk kepada kaum lelaki sahaja untuk menggoda wanita yang diminatinya? Apakah yang perlu dilakukan oleh seorang wanita bagi menarik perhatian lelaki yang disukainya? Sebenarnya, ia agak mudah. Hanya bergantung kepada bahasa gerak tubuh anda.
1. Memusing kepala & menguak rambut
Ini merupakan suatu 'pergerakan yang menggoda' apabila seorang wanita berada berhampiran lelaki yang disukainya. Kepala digerak ke belakang sambil tangan menguak rambut daripada muka atau bahu. Pergerakan ini menunjukkan anda mengambil berat akan diri si jejaka dan ia juga mendedahkan bahagian ketiak anda, merembeskan haruman. Mmm...
2. Muncung, basahkan bibir & buka sedikit mulut
Bibir tebal nampak lebih menarik kerana ia berbeza daripada bentuk bibir lelaki. Memuncungkan bibir menambahkan lagi 'godaan bibir'. Sebab itulah, lelaki berpendapat gincu bibir merah paling menarik.
Teruskan membaca "10 Bahasa Tubuh Wanita Yang Membuat Lelaki Tergoda"...

Di Sempadan Hijab

16 Feb 2011
Kepalaku terasa sakit, aku berdiri dan membuka mataku perlahan-lahan cuba melihat keadaan sekeliling. Aku dikelilingi kepulan asap seakan-akan kepulan awan. Dimanakah aku berada? Baru sebentar tadi aku cuba untuk memetik bunga Ros yang cantik berwarna ungu. Aku bingung memikirkan apa yang telah berlaku. Jiwaku bercelaru.
"Jangan bimbang Hidayu.. aku yang bawa kamu kemari", aku lantas berpaling kearah suara itu. Seorang lelaki perkasa berdiri di belakangku, tersenyum segak. Pakaiannya seakan-akan pahlawan kurun ke-15. "Kenapa awak bawa saya ke sini?", soalku gentar. "Aku sudah lama perhatikanmu Puteri ku", jawabnya jujur sambil menundukkan wajah ke tanah. "Tapi kenapa?", soalan ku tidak terus dijawab. Dia lantas datang ke arah ku berwajah serius, "Kerana aku cinta kamu". Aku membeliakkan mata. Dia tersenyum lalu memetik bunga Ros berwarna ungu yang berada di sebelah ku lalu memberikannya kepada ku. "Petiklah bunga ini jika kamu ingin bertemu dengan ku, keluarlah mengikut arah cahaya itu", katanya sambil menunding jari ke arah cahaya putih yang menyilaukan mata. Aku memandang ke arah cahaya itu dan berpaling semula ke arahnya, dia telah pun ghaib dari pandangan. Aku yang masih lagi kebingungan lantas berlari melalui cahaya putih tadi. Mataku terasa sakit. Aku memejamkan mata, terasa pawana meniup halus melanggar pipiku. Aku membukakan mata, kelihatan kanak-kanak berlari anak dihadapan rumahku. Disinilah tempat terakhir aku berdiri sebelum di bawa ke sempadan hijab sana. Entah apa nama tempat tadi aku pun tak pasti, yang pasti aku masih lagi dalam kebingungan. "Kerana aku cinta kamu", kata-kata itu masih terngiang-ngiang di telingaku. Siapakah pemuda tadi? Bila masa pula dia memerhatikan aku? Seingat aku, aku tak pernah pun melihat dia di kampung ini. Dalam aku berkira-kira akhirnya aku terlena.
Teruskan membaca "Di Sempadan Hijab"...

4 Tips Memujuk Lelaki Yang Merajuk

14 Feb 2011

Biarkan sahaja si dia bersendirian - kredit, aerialist
Siapa di sini setuju jika kami katakan, lelaki adalah manusia yang paling kuat merajuk?
Kami bertanyakan soalan ini kerana beberapa hari yang lalu, terdapat sebuah email yang masuk ke inbox Tentang Cinta yang dihantarkan oleh salah seorang pembaca Tentang Cinta. Pengirim email tersebut bertanyakan kepada kami tips untuk memujuk lelaki yang merajuk. Tetapi, sebelum kami dapat berkongsikan tips bagaimana untuk memujuk lelaki yang merajuk, kita perlu tahu terlebih dahulu apakah punca sebenar si dia merajuk.

Mengapakah si dia merajuk?

Pada kebiasaannya, lelaki merajuk disebabkan berlakunya perselisihan faham di antara dia dengan pasangannya.
Pada kebiasaannya, lelaki merajuk disebabkan berlakunya perselisihan faham di antara dia dengan pasangannya. Perselisihan faham ini menyebabkan si dia tidak berpuas hati dan dia mengambil keputusan untuk membawa diri (merajuk) dan mendiamkan diri dengan tidak membalas mesej atau mengangkat call.
Apabila perkara ini berlaku, pasangannya akan berasa bingung dan pelik kenapa si dia perlu merajuk? Masalah yang berlaku bukan suatu isu yang besar dan tidak perlu merajuk sampai sebegitu rupa. Dan pasangannya akan terus cuba menghubungi si dia dan bertanyakan pelbagai soalan bagi menyelami perasaannya. Ini menyebabkan si dia akan semakin mendiamkan diri dan pergi semakin jauh.
Teruskan membaca "4 Tips Memujuk Lelaki Yang Merajuk"...

Cara Lelaki Menguji Wanita

10 Feb 2011
Lelaki... Walaupun sudah berkali-kali si dia mengucapkan perkataan cinta, namun masih tidak cukup untuk membuktikan kesetiaan terhadap mereka.
Seandainya si dia memiliki kriteria yang diimpikan, tetapi bagi sesetengah jejaka itu bukanlah faktor yang membuatkan dia memilih kamu. Pelbagai cara dilakukan demi menguji kesetiaan yang dibina.
Tidak dinafikan, mereka mempunyai keistimewaan dan kelebihan tersendiri dalam mengenalpasti kesetiaan yang diberikan, sepanjang menjalinkan hubungan bersama teman wanitanya.
Yang pasti, dia akan cuba melakukan pelbagai cara dalam menentukan sama ada anda layak ataupun tidak bertakhta di hatinya.

Cerita Hati Sakina

8 Feb 2011
Sakina (bukan nama sebenar) merupakan gadis belasan tahun yang masih berada di alam persekolahan. Seawal usia belasan tahun ini juga dia telah menutup pintu hatinya serapat-rapat yang mungkin bagi mana-mana lelaki. Hal sedemikian kerana detik hitam yang pernah hatinya lalui apabila terdetik rasa cinta.
Pada mulanya, perkenalan di alam siber iaitu Myspace hanya sekadar suka-suka. Selama sebulan, Sakina meluahkan rasa letih, rasa bingung dan pelbagai rasa kepada si dia. Detik hari demi hari, Sakina mula jatuh cinta kepada Nizam (bukan nama sebenar). Tetapi Sakina tidak pernah menyatakannya sehingga Nizam menyuarakan isi hatinya yang sebenar. Setelah beberapa minggu, secara rasminya Sakina menjadi kekasih Nizam.
Dalam sisa-sisa 3 bulan bersama Sakina terasa begitu bahagia bersama Nizam. Sakina akui, Nizam pandai mengambil hatinya. Namun, derita adalah pengakhirannya. Nizam telah menduakan cinta Sakina. Dan pada waktu yang sama, Nizam menjalin hubungan bersama gadis lain. Hancur luluh hati Sakina pada ketika itu kerana cinta pertamanya berakhir dengan pengalaman yang paling perit.
Teruskan membaca "Cerita Hati Sakina"...

Nota Cinta Buatmu Bakal Suamiku

29 Jan 2011
"Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
"Kerja, kerja, dan kerja. Aku bosan dengan semua ini.", getus hati kecil Izhar yang merasakan hidupnya sekarang sunyi dan sepi.
Izhar merupakan seorang peguam di mahkamah syariah dan bertugas sebagai seorang pendakwa raya.
"Hari-hari berhadapan dengan kes-kes penceraian, khalwat…", bagaikan tertekan dengan kesibukan kerjayanya sehingga diri sendiri seakan tidak terurus.
"Hidup bersahabat memang berbeza dengan hidup berteman...", tiba-tiba sahaja tersentuh hati Izhar untuk mencari pasangan setelah sekian lama dia hidup bersendirian.
Teruskan membaca "Nota Cinta Buatmu Bakal Suamiku"...

Rinduku Padamu

26 Jan 2011
Kasihku,
Cintamu amat kekal di hatiku,
Dari dulu hinggalah kini kau tetap dihatiku,
Meskipun kita ada jurang pemisah,
Kau tetap kurindu kerana perpisahan kita,
Bukan kehendak diriku tetapi kerana,
Pinta keluargaku.
Sayangku,
Walaupun ku tangisi kerana cinta kita,
Masih belum dapat ku milikimu,
Hanya pada illahi ku panjatkan doa,
Semoga cintaku padamu kekal hingga akhir hayat aku.
Cintaku,
Dilubuk hati ini ingin ku katakan padamu,
Bahawa aku terlalu menyintai dirimu wahai sayangku,
Alangkah indahnya kalau kau disisi ku,
Tapi itu adalah mimpiku kerana kau,
Sudah temui jodohmu,




19 Jan 2011
Kami tertarik untuk berkongsikan dengan isu ini kerana terdapat beberapa blogger yang baru berjinak-jinak dalam dunia blog mula "mencuri" artikel-artikel yang diterbitkan di laman kami. Bukannya kami menghalang anda untuk menerbitkan artikel kami, tetapi apa yang kami minta adalah anda link-kan artikel tersebut ke laman blog kami sebagai tanda penghargaan.
Walaupun ada di antara artikel-artikel yang diterbitkan di sini dihantarkan oleh pembaca dan peminat Tentang Cinta tetapi itu tidak bermakna anda boleh "mencuri" artikel dari laman ini dengan sesuka hati. Itulah sebabnya kami meletakkan kredit nama-nama mereka yang menyumbangkan artikel tersebut sebagai tanda hormat dan berterima kasih.
Tidak sopanlah jika kami meletakkan URL blog-blog yang "mencuri" artikel itu di sini. Adalah lebih baik kami berikan peringatan dan nasihat sesama kita agar perkara ini tidak berulang lagi. Cukuplah bebelan kami ini sebagai pengajaran kepada blogger-blogger di luar sana bahawa dalam dunia blog, ada etikanya. Sudah 4 tahun Tentang Cinta berada dalam arena ini dan kami tahu kenapa dan mengapa anda berbuat demikian.
Dalam hidup, ada budi bahasanya. Begitu jugalah dalam dunia blog. Sama-samalah kita membentuk sebuah komuniti blog tanah air yang saling hormat-menghormati dan bantu-membantu antara satu sama lain. Kami doakan semoga blogger-blogger di luar sana berjaya dengan apa yang mereka usahakan. :)

0 komentar:

Posting Komentar

Numari Cigita On facebook